Posted by: latihanbkp | January 17, 2008

Borang Permohonan Latihan 2008

Dapatkan Borang permohonan mengikuti program latihan 2008 dan bertindak sekarang. Latihan yang ditawarkan adalah bermula Januari – Jun 2008.

Borang Latihan 2008


Responses

  1. salam.

    saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah bekerja selama 2 tahun namun saya belum pun lagi dipanggil untuk hadiri kursus induksi umum.Bahagian perkhidmatan dan pengurusan di ILKAP maklumkan pada saya telah 2 kali menghantar surat untuk memasukkan nama saya untuk hadiri kursus induksi yang wajib untuk pengesahan dalam jawatan namun sehingga kini masih belum dipanggil. Untuk pengetahuan pihak JPA, saya tidak pernah menolak mana-mana kursus khususnya Kursus Induksi yang dianjurkan oleh JPA.
    Di harap pihak Bhgn. Latihan di JPA dapat memberi kerjasama dan tindakan susulan dari pihak JPA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Intan Shafinaz Banhawi
    PT (P/O) N17
    ILKAP

  2. Terima kasih kerana menghubungi kami. Untuk makluman Seksyen kami hanya menawarkan kursus untuk pegawai JPA sahaja. Bagaimanapun saya akan memanjangkan masalah puan kepada pihak Bahagian Perkhidmatan JPA

  3. Assalamualaikum

    Sy merupakan salah seorang pegawai kerajaan yang telah pun berkhidmat selama 5 tahun dan masih belum mendapat kursus di bawah anjuran JPA yang mana sepanjang pengetahuan saya, kursus-kursus di bawah anjuran JPA banyak memberi manfaat dan pengetahuan lebih2 lagi saya ditempatkan di bawah unit pengurusan yang mana amat memerlukan kursus2 yang berkaitan. Berikut merupakan butir-butir berkenaan diri saya :-

    Suhaila binti Mohd Nor
    Peg. Lat. Vokasional, J41
    Institut Latihan Perindustrian Kuantan,
    Lot 10, Kwsn. Perindustrian Gebeng,
    26080 Kuantan
    Pahang
    No.tel : 09-5801620
    No.fax : 09-5833587
    No.h/p : 012-9010060
    Tarikh lantikan : 12.8.2003

    Diharap pihak tuan dapat memeri pertimbangan yang sewajarnya di atas permohonan saya ini.

    p/s : kenapa borang latihan tidak boleh di download.(error)

  4. Salam Sejahtera..

    Saya telah berkhidmat bersama JKR selama 1 tahun dan pada akhir tahun 2007, saya telah ditawarkan kursus induksi tetapi pihak pengurusan jabatan saya telah menggantikan rakan setugas saya kerana saya cuti bersalin. Jadi, saya hanya mahu mengetahui bila saya akan ditawarkan lagi untuk menjalani kursus ini. Dan, jika diberi peluang saya mahu mengikuti kursus ini secepat yang boleh kerana berkemungkinan kerja saya akan bertambah di masa akan datang.
    Keprihatinan pihak tuan amat saya hargai.

    Sekian, terima kasih.

    HAZINI BINTI SULAIMAN.
    JURUTEKNIK AWAM.
    JKR SPU.

  5. Untuk makluman, kursus yang ditawarkan di Blog ini hanya disediakan untuk pegawai JPA sahaja. Bagi pegawai Perkhidmatan Awam Lain boleh memohon kursus anjuran INTAN. Maklumat lanjut sila rujuk di Blogrool – INTAN

  6. Bagi urusan kursus induksi di Jabatan lain (Selain JPA) bolehlah hubungi Bahagian Perkhidmatan JPA. Sila dihubungi Pegawai Tadbir Bahagian berikut ;
    En. Pardon Munawar – 03-88854285
    E. Zulkifly Musa – 03 – 88854282

    Pegawai berkenaan akan memberikan maklumat siapakah yang incharge / desk officer untuk JKR dsb.

  7. salam sejahtera.

    di sini saya ingin kepastian berkenaan kursus induksi imum perlu apply atau tidak. saya telah brtanyakan perihal tersebut di bahagian latihan di kementerian saya dan diberitahu bahawa pihak jpa sendiri akan memanggil untuk mengikuti kursus. tetapi terdapat rakan sejawat saya memberitahu bahawa kursus tersebut perlu dimohon tetapi kami kurang pasti cara dan kesahihan maklumat tersebut. mohon kerjasama dan jasa baik tuan/puan berikan penjelasan.

    sekian, terima kasih

  8. Setahu saya kursus Induksi Umum tidak perlu di pohon, Bahagian Perkhidmatan JPA akan mencalonkan peserta megikut tarikh lantikan. Maklumat lanjut sila hubungi :

    En. Saifurdin bin Salleh – 03-88854321
    saifurdin@jpa.gov.my

  9. hai, saya pembantu tadbir kesetiausahaan di sebuah jabatan kerajaan dan berminat utk mengikuti seminar setiausaha berpersonaliti unggul yang akan diadakan pada 21-22 April 2008 tetapi bagaimana utk memohon seminar tersebut?

    terima kasih

  10. Untuk makluman, kursus tersebut disediakan untuk pegawai JPA sahaja. Pada masa sekarang terdapat ramai penganjur yang menyediakan kursus yang serupa secara public course. Mungkin puan boleh dapatkan dari Bahagian Sumber manusia (Unit Latihan) di Jabatan puan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: