Posted by: latihanbkp | September 23, 2008

Commonwealth Scholarship 2009 Untuk Pengajian Peringkat SARJANA Dan PhD

Calon-calon daripada pegawai Kerajaan perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship Commission dan juga memenuhi syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2009;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2005, 2006 & 2007);
  • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam Skim Pinjaman Pelajaran JPA;
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan):

Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendekdi luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus inidi luar negara mestilah melepasi genap satu tahun tamatkursus jangka pendek berkenaan. Bagi calon yang telahmengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negaramestilah melepasi genap dua tahun tamat kursus jangkapanjang berkenaan.

  • Pegawai Kerajaan perlu mengisi dokumen-dokumen di bawah:
  • Maklumat lanjut sila rujuk blogrool “Latihan dan Tajaan BMI” sekarang, atau layari website JPA di alamat berikut : http://www.jpa.gov.my/2008/09/914/lang/en/

    Bagi Pegawai JPA, borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan sebelum10 November 2008.


    Responses

    1. untuk pegawai kerajaan je ke? kalo orang biasa yg xkait dgn gov xley ker.::sedihnyer hasrat nak belajar kat jepon utk golongan tertentu je::

    2. Kami proses permohonan utk pegawai JPA saja. Tapi Scholarship ni terbuka kpd semua warga negara Malaysia. Maklumat lanjut sila layari http://www.jpa.gov.my/2008/09/914/lang/en/

    3. 1. mohon maklumat tambahan berkaitan senarai kursus jangka pendek/panjang yang ada untuk melengkapi syarat untuk program PhD.

      2. senarai universiti di Nzealand dan Eropah yang terdapat dalam senarai JPA untuk program pendidikan.

    4. kalau untuk bukan gaverment nk refer kt mana?


    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Categories

    %d bloggers like this: