Posted by: latihanbkp | January 2, 2009

MJLD 1/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Dalaman (MJLD) Siri 1/2009 dijangka akan diadakan pada 15 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Blok C1, JPA jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail Alias (TKPPA(O)) dan bakal dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian. Sebanyak tiga kertas dijangka akan dibentangkan, iaitu laporan Pelaksanaan Latihan Tahun 2008, Pelan Operasi Latihan  JPA Tahun 2009 dan Laporan Pelaksanaan Log Latihan JPA Tahun 2008.

Advertisements
Posted by: latihanbkp | January 2, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 diucapkan kepada seluruh warga JPA. Semoga  perancangan yang lebih rapi dapat buat sebagai persediaan menghadapi tahun 2009 yang dijangkakan penuh mencabar. Tahniah kepada warga JPA yang berjaya menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari berkursus pada tahun 2008.

Posted by: latihanbkp | December 26, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru – Maal Hijrah 1430H



Kami dari seluruh warga Sektor Pembangunan Sumber Manusia, BKP inigni mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Maal Hijrah 1430H kepada seluruh warga JPA. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam.

Posted by: latihanbkp | December 18, 2008

Majlis Penutup Kursus Modul Induksi Umum

Kursus Modul Induksi Umum Pegawai Sokongan Kumpulan 2 dan 3 JPA Siri 2/2008 telah berlangsung di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 11 – 18 Disember 2008. Seramai 86 orang pegawai telah terlibat. Kursus ini dikendalikan oleh Sektor Pembangunan Sumber Manusia, BKP dengan kerjasama INTAN, Institut Perakaunan Negara, Kementerian Kewangan dan BPR. Senaman pagi, riadah dan aktiviti outdoor pula dikendalikan oleh Azami Entertainment. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.Brs Encik Khairulazli bin Othman, Timbalan Pengarah Cawangan Sumber Manusia, BKP pada jam 11.00 pagi 18 Disember 2008.

Posted by: latihanbkp | December 18, 2008

Mesyuarat & Team Building AKRAM

Team Building AKRAM JPA 2009 sedang berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson mulai 16 – 19 Disember 2008. Seramai 21 orang ahli AKRAM telah terlibat sebagai peserta. Sebelum sesi Team Building, Mesyuarat AKRAM Bil 3/2008 telah diadakan pada 16 – 17 Disember 2009.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Pauzan bin Ahmar (Pengerusi AKRAM JPA).  Di dalam mesyuarat tersebut satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Encik Riziandy bin Nawawi (Pegawai Psikologi JPA) yang bertajuk “Keberkesanan Rakan pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM) di JPA. Perancangan aktiviti AKRAM tahun 2009 turut di bincangkan didalam mesyuarat ini.

Posted by: latihanbkp | December 10, 2008

Salam Aidil Adha Buat Semua Warga JPA


Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada seluruh warga JPA.  Sesungguhnya Pengorbanan adalah asas kepada setiap kejayaan. No Pain No Gain.

= Sektor Pembangunan Sumber Manusia, BKP=

Posted by: latihanbkp | December 4, 2008

Kursus Kecemerlangan Diri Melalui Pendekatan ESQ

Kursus akan diadakan di Tiara Beach Resort pada 15 – 18 Disember 2008. Kursus ini akan melibatkan seramai 80 orang pegawai JPA yang terpilih.

Posted by: latihanbkp | December 3, 2008

Kursus Induksi Modul Umum Siri 2/2008

Kursus Induksi Modul Umum Siri 2/2008 akan diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 11 – 18 Disember 2008. Kursus ini akan disertai oleh 80 orang pegawai sokongan Gred 1 – 17. Kursus ini diadakan dengan kerjasama INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH). Pegawai yang telah mendapat tawaran dipohon agar memberikan maklum balas segera kepada pihak urus setia.

Posted by: latihanbkp | December 1, 2008

Hari Yang Cerah


Posted by: latihanbkp | December 1, 2008

Program Warga Cemerlang dan Program Keluarga Bahagia

PWC atau Program Warga Cemerlang 2008 akan diadakan di Puteri Resort Melaka mulai 2 – 5 Disember 2008. Program yang akan melibatkan seramai 40 orang pegawai JPA yang terpilih ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Pada masa yang sama Program Keluarga Bahagia juga turut diadakan di tempat yang sama mulai 2 – 4 Disember 2008. Program ini akan disertai oleh pegawai JPA secara berpasangan (suami – isteri). Program ini diadakan bertujuan mengeratkan kasih sayang dan kemesraan dikalangan pasangan yang terdiri dari pegawai-pegawai JPA.

« Newer Posts - Older Posts »

Categories